1. PASTIKAN TAYAR OK
Tayar penting untuk memastikan perjalanan anda selamat. Tekanan angin tayar yang mencukupi mempengaruhi prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek. Sebaliknya tayar yang kurang angin memberikan impak besar terhadap keselamatan.
Amalkan pemeriksaan tayar setiap seminggu sekali atau sebelum memandu. Perhatikan tekanan angin, tanda kehausan dan kondisi tayar seperti tanda kerosakan, lusuh, pecah, rekah dan retak. Jangan biarkan ketebalan bunga tayar kurang daripada 3mm. Tekanan angin untuk tayar pula boleh dibaca dalam buku manual atau pada pelekat di bingkai pintu.
2. PASTIKAN ENJIN SEJUK
Bahan penyejuk atau coolant perlu diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta. Buku manual ada menyarankan jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan, bergantung perbatuan dan variasi suhu. Isi mengikut paras ditetapkan.
3. PASTIKAN LAMPU BERFUNGSI BAIK
Jarang pemandu memeriksa kesihatan lampu kereta mereka sedangkan sistem pencahayaan yang berfungsi baik sangat penting untuk keselamatan pemanduan, terutama ketika malam. Ambil masa perhatikan kondisi lampu sama ada minta rakan atau pasangan melihat dari luar, atau anda sendiri keluar perhatikan keadaan semua lampu.
Pemeriksaan lampu melibatkan 7 jenis lampu seperti berikut:
- Lampu malap (dim)
- Lampu suluh-rendah (low-beam)
- Lampu suluh-tinggi (high-beam)
- Lampu signal belok
- Lampu belakang
- Lampu brek (termasuk brek ketiga)
- Lampu kabus (depan dan belakang, ikut model)
4. PERIKSA BATERI
Bagi mengelak sebarang masalah atau kegagalan kuasa, periksa bateri sebulan sekali. Bersihkan terminal dengan berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak kakisan berlaku. Jika mahu bajet, boleh saja cuci gunakan soda bikarbonat atau minuman Coca-Cola, tetapi pastikan dibilas sebersihnya. Elakkan bahan kimia kuat.
Pastikan penutup lubang isi air bateri ketat supaya tidak dimasuki bahan cuci. Selepas benar-benar kering, boleh semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk elak pembentukan kakisan. Kerapkan memandu jarak dekat dan sekali-sekala bergerak jauh adalah cara terbaik memastikan bateri dicas baik.
5. TUKAR PENAPIS
Kereta ada dua jenis penapis: iaitu penapis enjin yang diletakkan dalam enjin dan dan penapis kabin (juga dipanggil penapis aircond) yang diletakkan dalam kabin kereta.
Pastikan kedua-dua penapis diservis dan ditukar apabila tiba masa. Kotoran dan bendasing yang terkumpul lama pada penapis enjin boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Jika berlaku pada penapis kabin pula, penyaman udara pula jadi kurang sejuk, angin kurang kuat dan kabin boleh berbau.
6. SERVIS PENYAMAN UDARA
Bukannya perlu diservis setiap hari atau minggu, tetapi cuma jadikan servis penyaman udara sebagai rutin penyenggaraan setiap setahun sekali. Kos servis berbeza mengikut jenis kenderaan dan bengkel, tetapi biasanya sama dengan kos servis major.
Jika tidak mahu rasa terbeban, anda memang perlu menabung setiap bulan untuk kos servis penyaman udara kereta. Ini lebih baik daripada perlu menanggung kos baik pulih akibat kerosakan yang boleh mencecah empat angka!
7. SERVIS BREK
Inipun sama seperti servis penyaman udara. Tetapi servis brek bergantung kepada kekerapan dan cara pemanduan anda. Semakin kerap memandu, atau selalu menekan brek tidak kira masa (kerana memandu secara melulu atau gelojoh), maka semakin cepat komponen brek akan haus.
Anda perlu peka dengan bunyi dari bahagian roda kereta kerana brek yang haus biasanya akan mengeluarkan bunyi seperti besi bergesel. Menggunakan komponen OEM juga mampu memanjangkan jangka hayat brek.
8. GUNA MINYAK ENJIN PETRONAS SYNTIUM
Ini paling penting. Tak guna buat semua tip di atas kalau terlupa atau buat tidak peduli saja pasal minyak enjin. Tukarlah minyak enjin mengikut gred minyak enjin yang disarankan pengeluar kereta anda. Lagi cantik kalau pilih minyak enjin PETRONAS Syntium.
Apa yang bagus sangat PETRONAS Syntium?
Mudah Dicari – Boleh dikatakan banyak bengkel kereta ada minyak enjin PETRONAS Syntium. Produk ini pun senang dicari dan dibeli di mana-mana stesen minyak PETRONAS terdekat sekitar anda.
Melindungi Enjin – Kawalan pengoksidaan suhu tinggi terbaik membantu mengekalkan filem pelindung yang stabil.
Stabilkan Suhu Enjin – Diformulasikan khas untuk memberiksan kestabilan termal terbaik dan tahan penyejatan disebabkan suhu tinggi.
Jimat Bahan Api – Ketahanan daripada kepanasan tinggi secara langsung membantu meningkatkan penjimatan bahan api
Kekal Prestasi – Mengekalkan prestasi kereta dengan mengurangkan deposit dalam enjin seperti enapan.
Semoga rujukan di atas bermanfaat untuk anda.
