Mudah Tanam Ulam Raja Di Rumah Ikut Cara Ini Daun Rimbun Dan Subur


Ini cara tanam ulam raja yang anda boleh gunakan supaya daun pun rimbun. Boleh makan dengan nasi dan sambal belacan!

Cara tanam ulam raja di rumah

1.Rendam biji benih dalam air suam (40 darjah celcius selama 2-12 jam)

2.Semai benih dalam kedudukan mendatar dalam lubang sedalam 1 cm.Gunakan tanah atas (topsoil) atau tanah khas untuk semaian.

3.Sembur air menggunakan botol penyembur atau spray supaya tanah kekal lembap.

4.Benih akan bercambah selepas 5 hari. Alih ke dalam pasu atau atas tanah apabila pokok ada 4 helai daun. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari.

5.Tips untuk dapatkan pokok bercabang, kerat tunas utama apabila pokok sudah mencecah 15 cm (6 inci). Untuk kekalkan daun besar, cubit buang bunga yang tumbuh.

Tips ulam raja rimbun, sentiasa ada pucuk muda

-Ulam raja elok dituai selalu supaya sentiasa ada pucuk muda.

-Bila pokok dah tumbuh tinggi dalam satu kaki, kerat tunas utama. Pokok akan jadi rimbun.

-Sentiasa tua supaya bunga tak tembuh. Kalau keluar bunga, daun yang dihasilkan kecil.

Selamat mencuba!

Sumber: tanamsendiri.com