Di sini kami nak kongsikan kepada anda fakta sebenar yang anda lihat hari-hari di dalam kereta anda tu.


1. RIZAB MINYAK SEBANYAK 4.5 LITER

Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi simbol ‘E’

Rizab ini tidak mengira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin sesebuah kenderaan itu. Dengan kadar simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan anda masih mampu berjalan sekurang-kurangnya sejauh 60 km. Jadi jangan panik.

2. ‘E’ BUKAN BERMAKSUD EMPTY

Mungkin masih ramai dalam kalangan kita yang menganggap ia bermaksud Empty tetapi sebenarnya simbol ini bermaksud Enough. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, kenderaan anda masih cukup minyak petrol untuk bergerak sekurang-kurangnya 60 km lagi. Jadi jangan panik.

3. TAMBAHAN LAGI 10 KM

Anda boleh menambah 10 km lagi sekiranya anda mematikan pendingin hawa (aircond). Anda boleh buka tingkap sementara nak sampai ke stesen minyak ya. Jadi jangan panik.

4. PANDU SEKITAR KELAJUAN 50KM/JAM

Selain itu, anda juga boleh menambah lebih 10 km lagi sekiranya anda memandu dengan kelajuan 50 km/jam secara konsisten. Bayangkan jika anda matikan pendingin hawa dan pandu pada kelajuan ini, mungkin kereta anda boleh pergi lebih jauh lagi. Jadi jangan panik.

Kesimpulannya bila meter minyak sudah menunjukkan paras E, cik kak semua hanya perlu memnadu ke stesen minyak berdekatan. Sebab secara asanya cik kak masih boleh memandu sekurang-kurangnya 60km lagi. Jadi jangan panik.

Jadi, lepas ni kalau simbol ‘E dan tangki minyak menyala, kita tidak perlulah risau lagi kan?

Sumber: SAYS