Sebenarnya, ada satu cara mudah untuk rebus kerang. Hanya seminit sahaja anda akan dapat isi kerang yang juicy dan tidak liat. Kan dah jimat masa, tak perlu tunggu lama-lama. Boleh try hujung minggu ini makan kerang rebus.
Apa rebus kerang satu minit je? Biar betul?
Cara-cara:
– Sediakan air dalam periuk besar kemudian didihkan sehingga mengelegak
– Masukan kerang yang telah dicuci bersih dan tutup menggunkan penutup periuk
– Biarkan seminit dan tutup api
– Angkat dan toskan air. Sedia untuk dihidang. Mudahkan? Isi kerang pun tak liat dan masih juicy. Jimat masa boleh sediakan bahan masakan untuk yang lain pula.
Sumber: TikTok Ibu Azzah