Cara Mudah Buat Roti Jala Bancuh Ikut Sukatan Ini Tak Lembik Dan Basi Confirm Menjadi


Menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat makanan yang laku semasa bersarapan dan minum petang ini dengan cara yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Selamat mencuba!

SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’

Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Malah ada sesetengah dari resepi yang hasilnya kurang memuaskan hati kerana mudah lembik dan basi.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan garam halus
  • 1 sudu teh pewarna kuning telur
  • 1.7 liter air biasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.

2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.

3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

Selamat mencuba!

Sumber: Azwa Mohtar