Baja Organik Guna Kulit Buah Boleh Lebatkan Pokok Sayur Yang Dah Lama Tanam Caranya Mudah Saja


Menerusi perkongsian Ridzuan Khalid menunjukkan pokok buah dah tua tapi buahnya masih banyak, berderet cantik tersusun. Rahsianya hanya dengan menggunakan baja buah organik yang dibuat sendiri menggunakan kulit buah.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau juga turut cara-cara pembuatannya. Mudah dan ringkas. Jom ikuti perkongsian ini.

BAJA GULA MERAH ORGANIK

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • Gula Merah
  • Kulit Buah (Pisang, Tembikai, Mangga, Oren dll)
  • Air

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Sediakan satu bekas, tak kisah bekas apa yang penting bahagian penutupnya perlulah dibuat lubang kerana baja ini menghsilkan gas, nanti takda lubang kang meletop pulak!

2. Masukkan kulit buah dan air.

Kami guna kulit pisang, kulit tembikai, kulit mangga, kulit oren. Pisang lebam buruk pun buleh!! Paling function kulit pisang la. Air tu tak payah banyak. Air dari kulit buah tu banyak keluar nanti.

3. Masukkan gula merah.

Kalau malas bancuh gula merah beli je molasses (gula merah lembu).

4. Peram selama 2 minggu dan selepas itu perlu tapis terlebih dahulu sebelum digunakan.

CARA PENGGUNAAAN :

Sukatan nak guna tu kami guna penutup mineral water letak dalam 3/4 penutup sahaja. Campur air penuh botol 1.5l pastu siram 2-3 minggu sekali. Tengok hasil dalam 2 minggu.

PERINGATAN : Jangan buang hampas peraman tu kat pangkal pokok. Mamposss kang pokok. Kuat woooo baja ni. Layuu pokok tu nanti.

Itu sahaja, selamat mencuba!

Sumber: Ridzuan Khalid, VK