Bancuh 2 Jenis Tepung Dan Kukus Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuetiau Di Rumah Sangat Mudah


Sekiranya ada perasaan macam ini, alternatif selain beli sebenarnya boleh buat sendiri saja kuetiau ini. Homemade! Caranya pun tak susah cuma bancuh dua jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.

Bila beli kuetiau ramai yang ada perasaan ragu tentang pembuatannya. Dari kilang mana, bersih atau tidak, halal ke? Logo halal ada tapi betul ke diiktiraf Jakim atau sekadar cetak untuk memperdaya pembeli Muslim.

Jika nak cuba boleh ikut perkongsian dari Fiza Mh ini. Dah mahir, macam hidangan kuetiau boleh buat dari kuetiau sup, kungfu, ladna dan banyak lagi.

Bahan diperlukan:

  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung beras
  • Sedikit minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan air
  • Loyang untuk mengukus

Cara membuat:

1. Sediakan kukusan, saya guna kuali saja.

2. Satukan tepung beras, tepung ubi dan air. Kacau rata jangan sampai bergentel.

3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.

4. Tuang sesenduk adunan/ batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi (guna senduk lauk pun boleh).

5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang 7-10 minit.

6. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan (ulangi proses ini hingga adunan selesai).

7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak kemudian bolehlah dipotong mengikut saiz yang diingini.

Siap!

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

TIP

Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kue tiau supaya senang untuk dipotong. Yang saya buat ini tebal sikit. Boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.

Sumber: Fiza Mh