Cara Mudah Bersihkan Dapur Yang Kotor Guna Bahan Ini Dan Sembur Dapur Bersih Berkilat


Ternyata rumah impian bagi setiap wanita bukan sahaja perlu kelihatan cantik malah kelihatan kemas, bersih dan berkilat. Ini juga merupakan antara kriteria impian ramai. Namun bila sudah selalu sibuk dengan kerja dan anak-anak, impian untuk memiliki ruang rumah khususnya dapur yang bersih dan berkilat itu agak sukar untuk dicapai. Tetapi jangan risau, apa kata kita cuba cara dari perkongsian wanita ini dimana beliau berkongsi cara deep cleaning dapur dalam masa 30 minit sahaja!

DEEP CLEANING DAPUR SUPAYA NAMPAK MACAM DALAM MAJALAH!

Rutin setiap hari khamis , hani peruntukkan masa 30 minit utk buat “deep cleaning” bahagian dapur. Hani pernah kongsi tutorial untuk buat deep cleaning dapur sebelum ini. So hani hanya follow je senarai semak pembersihan dapur tu.

Selalunya mmg hani fokus kemas kat bahagian dapur gas memasak tu lagi-lagi kat bahagian tungku tu. Kena guna berus besi utk buang grease atau kesan terbakar kat kawasan sekitar tu .

Lagi satu hani fokus kan bersihkan dalaman dan luaran peti ais dan microwave juga. Ni barang ke-14! Wajib beli kat eco hahaha produk baru rasanya. Mmg berkilat dapur gas memasak tu. Hani gunakan utk bhgn luar microwave dan peti ais juga. Tp Paling penting dia senang kan utk tanggalkan kesan minyak kat kawasan dapur gas masak terutamanya. Guna wipe cloth je memadai.

Berkilat dapur!

Sumber: Hani Mynis