Membersihkan bawah kuali atau periuk yang hitam dan melekit amatlah memenatkan. Kadang-kadang sudah berjam-jam kita berus, tetapi hasilnya masih tidak sebersih dan seputih yang diharapkan. Oleh itu, untuk mak-mak semua, rupanya ada satu cara berkesan yang anda boleh cuba berdasarkan perkongsian daripada wanita ini. Confirm menjadi!

Kalau di rumah ada yang menggunakan non-stick pan atau periuk non-stick, mesti perasan bahagian bawahnya mudah menjadi hitam atau kekuningan akibat kesan api. Nak membersihkannya memang susah, lebih-lebih lagi jika tidak disental setiap kali selepas digunakan. Tambahan pula, corak pada bahagian bawah kuali membuatkan proses membersihkan menjadi lebih mencabar. Jangan guna berus besi kerana ia boleh mencalarkan permukaan. Hehe, kalau periuk atau kuali biasa tidak mengapa.

Ada juga yang suka menggantung periuk dan kuali sebagai hiasan dapur kerana mudah dicapai apabila diperlukan. Namun, jika bahagian bawahnya hitam dan kotor, ia boleh mencacatkan pemandangan dapur. Jadi, selepas mengikuti tutorial ini, bolehlah bersihkan bahagian bawah kuali sehingga berkilat sebelum digantung semula.

Boleh beli alat pembersih ini di Shopee. Ia hanya perlu digunakan bersama air tanpa memerlukan sabun khas dan boleh digunakan berulang kali. Serius, alat ini merupakan peralatan pembersihan kedua paling magik selepas magic sponge. Memang wajib ada di dapur!

P/s: Pakai sarung tangan jika ingin menggunakannya. Semoga bermanfaat!

Sumber: Hani Mynis
Teruskan Membaca