Goreng Ayam Ikut Cara Ini Supaya Empuk Dan Rangup Pasti Menjadi


Nampak memang mudah bukan? Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda fahami supaya isinya benar-benar masak. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak.

Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.

Berikut adalah petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk apabila dimakan.

1. PASTIKAN POTONGAN TAK TERLALU BESAR

Pertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).

Jadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.

2. MENGELAR ATAU MEREBUS TERLEBIH DAHULU

Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.

Selain itu, anda boleh juga merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

3. ‘DEFROST’ AYAM BEKU TERLEBIH DAHULU

Jangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian ‘freezer’. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.

Maka, pastikan anda keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau ‘defrost’ terlebih dahulu dalam ‘microwave’.

4. GUNA MINYAK YANG BANYAK

Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.

Dengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak sempurna dan tidak berdarah.

5. GUNA API SEDERHANA

Bagi memastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.

Jika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.

6. MASUKKAN BAHAGIAN BERTULANG TERLEBIH DAHULU

Bahagian yang mempunyai ‘joints’ atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.

HASIL GORENGAN YANG LEBIH MENYELERAKAN!

Dengan mengamalkan petua goreng ayam yang tepat, mudah-mudahan penampilan dan rasa ayam akan menjadi lebih nikmat serta menyelerakan.

Selamat mencuba