Pokok Pudina Subur Merimbun Tanam Ikut Cara Ini Pokok Cepat Membesar Dan Kuat


Jom kita tengok perkongsian oleh Rina Kefele melalui Group Kebun Bandar beliau sepenuhnya di bawah ini. Ini salah satu posting menarik tentang cara tanam pudina yang dikongsikan melalui Facebook.

Memang menarik sebab menurut beliau dengan teknik cara tanam pudina ini, pokok pudina lebih kukuh dan cepat hidup.

Cara Tanam Pudina Paling Menjadi & Cepat Hidup

Macam-macam teknik dan cara tanam pudina saya cuba, dan bagi saya inilah teknik yang paling menjadi.

Memang pokok pudina tu tak layu langsung.

Tapi kalau kawan-kawan buat jadi layu janganlah salahkan saya pulak ye…

Saya sekadar berkongsi pengalaman. Teknik ini saya ambil dari group Facebook ni juga, sebelum ni dia guna cara ni untuk tanam pokok sireh.

Bagi saya, dengan teknik ni pokok pudina lebih kukuh dah cepat hidup.

Jadi saya pun nak kongsikan dan tunjukkan gambarnya satu persatu di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

1. Ambil Pucuk / Batang Pudina

Saya petik dari pokok pudina dan ambil yang hujung-hujung dah berjurai.

2. Sediakan Tanah

Kemudian sediakan bekas dan tanah.

Saya guna tanah hitam je.

3. Simpulkan

Buang daun-daun yang bawah tu sikit dan simpulkan macam dalam gambar ni.

Buatlah beberapa banyak yang kita nak.

4. Tanam

Tanam macam dalam gambar di bawah ni.

Masuk dan timbus tanah je.

Teknik ni akan buat pokok pudina tu jadi kukuh. Kalau disiram nanti taklah dia mudah lari.

5. Simpan Tempat Redup

Bila dah siap tanam, simpan tempat redup.

Yang di bawah ni saya tanam dah seminggu dah.

Langsung tak layu.

Dekat bawah tu ada takungan air. Saya tutup dengan kain sebab takut ada jentik-jentik.

Hasil Selepas 2 Bulan

Ini hasilnya lepas 2 bulan… Alhamdulillah dah merimbun.

Mudah kan?

Cara ini juga boleh digunakan untuk tanam sirih.

Insha Allah cepat hidup dan menjadi tanamannya.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat kita semua.

Sumber: Group Kebun Bandar