Proses pembuatan Resipi Karipap Rangup yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya malah kulit karipap yang rangup juga menjadi keistimewaan dan kelebihan untuk menjadikan karipap yang dimasak sempurna rasanya.

Karipap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Buat anda yang juga masih tercari-cari dan belum menemui resipi yang terbaik untuk menyediakan karipap, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.

Jadi tidak hairanlah Fadila Sofia telah mencuba pelbagai resipi karipap dan akhirnya menjumpai yang tersedap menepati citarasa. Kulit ranggup dan enak rasa.

“Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap.”-Fadila Sofia

RAMUAN BANCUHAN TEPUNG (Kulit Karipap Yang Rangup)

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 Sb tepung jagung
  • 2 Sb tepung beras
  • 1 cawan air sejuk dari peti ais
  • 1 sk garam

Bahan Inti Resipi Karipap Rangup

  • 4 biji kentang (potong dadu kecil)
  • Sedikit ayam/daging ( cincang )
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 Sb rempah kari daging
  • 1 Sk jintan manis
  • 1Sk serbuk ketumbar
  • Sedikit daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak Resipi Karipap Rangup:

  1. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan ke dalam tepung.
  2. Kacau dengan senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.
  3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
    Nipiskan doh (jangan terlalu nipis).
  4. Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap Goreng dengan api perlahan.

Kaedah buat inti dengan betul.

  1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dengan kiub pati ayam.
  3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jangan terlalu berminyak dan berair, biar betul-betul kering).

Selamat mencuba ! Resipi Karipap Rangup

Sumber: Fadila Sofia via MAHN