Di sini kongsikan resepi kuah rojak buah yang meletup daripada Mizzs Lina Ali. Tengok sajalah pada namanya – memang boleh menangis membayangkan kesedapannya!
Jomlah cuba, ada langkah demi langkah yang mudah untuk kita ikut.
RESEPI KUAH ROJAK BUAH MENANGIS TEPI BUCU KATIL
Menurut Mizzs Lina, inilah resepi kuah rojak buah ‘favourite’ suaminya.
Oleh kerana yang dibeli rasa tak puas makan dan macam kurang sedap, gigihlah buat sendiri baru, puas hati. Suaminya pun puji sedap dan terbaik.
Tak susah mana pun nak membuatnya. Ini bahannya:
BAHAN :
- 1 botol kecik kicap lemak
- 1 botol kecil sos cili
- 5 sudu sos tiram
- 1 bekas pes otak udang
- 1 ketul gula merah
- 2 cawan gula (nak manis tambah lagi)
- Sedikit belacan bakar
- Segengam cili kering (rebus dan blender brsama sedikit air dan belacan)
- 5 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
- 1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk)
- 4 sudu bijan digoreng tanpa minyak
- 5 sudu tepung jagung
CARA-CARA:
1. Masak cili kering yang telah diblender dengan belacan
2. Kemudian, masukkan semua bahan lain di atas kecuali kacang tanah, tepung dan bijan.
3. Biarkan atas api seketika hingga hampir masak.
4. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Tutup api dan biarkan kuah sejuk sekejap.
6. Akhir sekali, barulah masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk tadi. Barulah rangup!
7. Siap! Bolehlah potong buah-buahan yang nak dimakan bersama kuah ini.
DAH PANDAI BUAT, TAK PAYAH BELI LAGI!
Wah, terliur pula tengok hasilnya. Terus mengidam nak makan mangga muda!
Yang seronoknya, kita boleh ‘adjust’ mengikut citarasa masing-masing. Yang suka pedas boleh lebihkan cili, yang tak suka belacan boleh kurangkan, yang suka rangup bolehlah banyakkan kacang. Baru ‘best’ dan padan dengan tekak sendiri.
Sumber: Mizzs Lina Ali