Dalam penanaman pokok cili, masalah bena putih (Aphid) inilah yang selalu buat susah hati. Sekiranya, semburan semulajadi dari campuran bawang putih dan cili tidak menjadi, apa kata gunakan campuran syampu baby dan cuka makan. Terbukti berkesan sebagai semburan organik pokok cili.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin (LK) kaedah semburan semulajadi ini berupaya mengawal bukan saja pokok cili malah sayuran daripada bena putih yang juga dikenali sebagai lalat putih.

Kehadirann bena putih ini boleh menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil.

“Hari ni LK nak kongsi cara buat kawalan ser4ngga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.

Alhamdulillah, belalang dan semut pun takde. Yang penting, tiada r4cun berb4haya digunakan.”


Sukatan Syampu Baby, Cuka Untuk Jadikan Semburan Air Pokok Cili

  • 1 sudu syampu kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth
  • 1 sudu cuka makan
  • Bancuh dalam 1 liter air

Caranya,

1. Spray ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau dua kali ikut keperluan.

Kenapa Gunakan Syampu Baby

Sebab syampu ini lebih mesra alam, selamat dan tiada bahan kimia, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan. Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat. InshaAllah.

Sumber: Mingguan Wanita