Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya dapat makan. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.

Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti..

BAHAN-BAHAN :

1 cawan air

2 cawan tepung roti

1/4 camca teh yis segera

1 camca teh gula

1 camca teh garam

1/2 camca teh soda bikarbonat

1 camca besar minyak mazola

Minyak untuk menggoreng

LANGKAH PERTAMA :

Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .

Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.

LANGKAH KEDUA :

Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.

Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.

Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.

LANGKAH KETIGA :

Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

LANGKAH KEEMPAT :

Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.

Siap untuk di hidang.

Sumber: Hamidah