Ramai tercari-cari kuih ni dikala teringin, tapi jarang dah orang menjual. Harini saya mencuba buatnya sendiri sambil menambahkan santan supaya rasa Kuih Getas bertambah lebih berlemak dan lembut.
Bahan-Bahan (A):
- 150gm Tepung Pulut
- 25gm Tepung Beras
- 150gm Kelapa Parut berwarna putih sahaja
- 1/2sk garam
- Santan SnP sederhana pekat (anggaran 1/2 cawan)
- Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Sira:
- 100gm Gula Halus/ Gula Pasir
- 60ml air/ 1/4 cawan
- 2 ketul Gula Batu (dihancurkan)
- 1 sudu besar Tepung Gandum
- 1 helai Daun Pandan
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan A kecuali Santan. Masukkan Santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan doh dan tepekkan di atas tapak tangan berbentuk bujur. Susun doh yang siap di atas dulang yang disapu minyak masak.
2. Masukkan minyak dalam kuali. Masukkan doh yang telah dibentuk tadi sebelum minyak panas. Ini untuk elakkan doh meletop atau merekah semasa menggoreng. Goreng dengan api perlahan sehingga warna kuning keemasan.
3. Masukkan bahan sira dalam kuali kecuali tepung gandum, kemudian masak hingga gula berbuih pekat dan bertali. Masukkan kuih getas, tepung gandum. Tutup api. Kacau sehingga gula tersalut semua pada kuih getas. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Zanariah Mohamed Zain