Resepi Ayam Masak Kunyit Halia Sedap Dan Mudah Disediakan


Susah nak jumpa lauk seperti ayam asak kunyit halia ini di kedai kerana jarang orang membuatnya. Jika teringin, bolehlah buat sendiri di rumah pada bila-bila masa.

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resepi ni yang mudah macam mak-mak masak.

Habeebah Md Daud telah kongsikan resepi dengan langkah demi langkah di Facebook yang hasilnya sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

RESEPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (potong kecil-kecil, bersihkan)
  • 1 sudu kecil secukup rasa MAGGI
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Bawang besar (hiasan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 senduk atau 2 sudu besar cili boh
  • Cili (hiasan)
  • 1 ibu jari halia (hiris)
  • 1 asam keping
  • ½ cawan minyak masak
  • 1½ cawan air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ½ ekor ayam ayam secara kecil-kecil dan bersihkan.

2. Selepas itu, masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan.

3. Kemudian, masukkan air dalam 1½ cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.

4. Seterusnya, rebuskan ayam dalam 10 hingga 15 minit sehingga air rebusan ayam kering.

5. Setelah itu, perasakan ikut cara masing-masing jika nak tambah gula atau garam.

6. Hiris bahan hiasan dan masukkan minyak masak, tapi pastikan api masih perlahan.

7. Masak lebih kurang dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.

8. Akhir sekali, hiaskan dengan bawang besar dan cili yang telah dihiris tadi. Siap untuk dihidang!

Ayam Masak Kunyit Halia sangat sesuai dijadikan sebagai lauk tengah hari atau malam. Selain itu, ia juga merupakan pilihan lauk menarik untuk dibawa sebagai bekal ke tempat kerja.

Setelah siap, kami yakin anda akan puas hati menikmatinya bersama keluarga tersayang. Jika suka berkuah, boleh lebihkan air semasa memasaknya.

Selamat mencuba.

Sumber: Habeebah Md Daud