Bukan itu saja, donut ini juga pasti membuatkan anda makan tak cukup satu. Telan 10 biji baru rasa kenyang!
RESEPI DONUT LEMBUT SEPERTI KAPAS
Bahan-bahan:
- 250g tepung high protein
- 2 sudu besar gula kastor
- 2 sudu besar susu tepung
- 4g yis
- 1/2 camca teh garam
- 5g cream super
- 35g marjerin
- Air sejuk dari peti ais + 1 biji kuning telur (jadikan jumlah 130g – 140g)
Cara membuat Donut Gebu:
1. Campurkan semua bahan dan uli menggunakan mesin roti (BM) atau mixer. Apa yang penting, uli doh sehingga elastik.
2. Setelah doh siap diuli, boleh terus dibulatkan (rounding).
3. Setelah selesai rounding, rehatkan doh selama lebih kurang 10 minit.
4. Kemudian, leperkan sedikit doh dan tebuk lubang di tengah menggunakan belakang nozel atau penutup botol.
5. Perap selama 45 minit hingga 1 jam sehingga donut kembang dan ringan (bergantung pada suhu persekitaran dan kadar penggunaan yis).
6. Goreng menggunakan api perlahan sahaja. Balikkan donut sekali sahaja di setiap bahagian supaya tidak serap minyak.
7. Adunan ini menghasilkan lebih kurang 15 biji donut, dengan setiap doh seberat 30g.
Nota: Sukatan sudu adalah menggunakan sudu metrik.
Sumber: Meq Sue Sirak