Resipi Sup Bebola Tepung Penuh Rasa Nikmat


Musim hujan ni kalau buat pelbagai jenis sup memang berselera sangat nak makan. Tambah pulak tetiba kena demam selsema. Sup juga yang kita cari untuk tekak sakit perit sebab asyik batuk-batuk je. Sedap yakmatt rasa chewy bebola ni. Orang chinese dan korea suka sup-sup camni. Hidangan ini lebih dari 5 orang makan. Nak buat lebih boleh gandakan resepi ye.

Bahan-Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 cawan air panas
  • 1 camb serbuk perasa cik suri
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 8 tangkai daun sup & daun bawang – hiris
  • 1 camb serbuk lada sulah
  • 1 camb garam

Bahan Tumisan Sup:

  • 2 biji bawang besar – blender
  • 1 inci halia – blender
  • 1 inci lengkuas- blender
  • 1 bunjut sup- blender
  • 1 camb rempah sup
  • 1 camb rempah kurma
  • 1 camt serbuk jintan manis
  • 1 camt serbuk jintan putih
  • 1 camt serbuk ketumbar
  • 1 camb serbuk lada hitam – nak lebih pedas
  • 1 camb garam
  • 2 camb serbuk perasa cik suri
  • 1 kuib ikan bilis
  • 1@2 jug besar air masak
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 camb minyak bijan – pilihan kalau suka

Tambahan Isian Sup: Pilihan kalau suka isi sup banyak isi.

  • Ayam
  • Udang
  • Daging
  • Lobak Merah
  • Sawi pak choy
  • Kentang
  • Fishcake
  • Fishball

Cara Memasak:

1. Satukan semua bahan A dalam kuali atau periuk kecuali tepung ubi. Kemudian kacau sebati. Masak dengan api kecil sampai adunan jadi bergumpal. Alihkan dalam bekas lain.

2. Tambah tepung ubi dan gaul dengan tangan hingga adunan menjadi sebati. Sapu minyak pada tangan dan bulatkan seketul kecil-kecil supaya tidak melekat. Buat sehingga habis.

3. Panaskan air dalam periuk. Letak bebola tepung. Masak sehingga air menggelegak dan bila bebola timbul, tandanya dah masak.

4. Tumis bahan-bahan blender sehingga bau wangi. Tambah semua rempah-rempah. Gaul sebati dan sehingga pecah minyak. Baru masuk air. Perasakan dengan garam, serbuk cik suri, kuib ikan bilis, dan lada hitam. Gaul sebati hingga cukup masak.

5. Dah siap. Hidangkan dengan sambal kicap/sos cili thai/sos cili/sambal nyet pedas dll. Selamat mencuba gaiss.

Sumber: Zainor Shima Ihsan