Lebihkan Satu Bahan Rahsia Ikan Masak Cuka Yang Sedap


Kalian pernah cuba tak resepi ikan masak cuka? Rugi kalau siapa tak pernah merasa sebab menu ini tersangatlah sedap! Cara memasaknya juga cukup simple.

Kalau ada yang mahu cuba memasaknya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zorina Ayob di bawah.

Bahan-bahan:

  • Ikan (digoreng dahulu)
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih (lagi sedap kalau letak banyak)
  • Cili api
  • Biji sawi (optional)
  • Halia (hiris panjang halus)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Cuka
  • Garam
  • Perasa
  • Sedikit gula

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah kecil, bawang putih, cili api dan halia yang sudah dihiris sehingga layu. Masakan kan lebih sedap jika lebihkan kuantiti bawang putih.

2. Apabila bahan tumisan sudah layu, letakkan pula sedikit air, cuka dan serbuk kunyit untuk memberi warna ‘kuning’ kepada masakan.

3. Kemudian, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Biarkan sehingga mendidih.

4. Apabila sudah mendidih, baru masukkan ikan yang sudah digoreng.

5. Biarkan lagi sehingga mendidih dan semuanya sebati. Ubai suai rasa kuah mengikut citarasa masing-masing sehinggga cukup rasa asam garam.

Selamat mencuba!

Sumber: Zorina Ayob