Siapa hantu peria wajib cuba resepi acar peria yang mudah dan ringkas ini. Acar ini cukup lazat jika digandingkan dengan gulai lemak cili padi ikan atau ayam, telur masin dan sambal belacan.
Jika mahu pelajari cara membuat acar peria yang lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Puan Faizah Husain di bawah. Menurut beliau, acar ini merupakan menu kegemaran arwah ibu mentuanya dan kini menjadi kegemarannya juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Sayur peria
- Tomato
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili merah/cili api
- Gula
- Garam
- Daun ketumbar jawa
- Cuka
Cara-cara:
1. Hiris semua bahan-bahan yang diperlukan.
2. Rendam peria di dalam air garam selama 15 minit.
3. Kemudian, gaul semua bahan di dalam satu mangkuk termasuklah peria yang sudah direndam tadi.
4. Perasakan dengan gula, garam dan cuka secukupnya. Boleh ganti cuka biasa dengan cuka epal kerana lebih wangi dan sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Faizah Husain
.jpg)