Resepi Cucur Bilis Bawang Garing Luar Lembut Didalam


Jika anda ingin mencuba membuat cucur yang bulat sempurna seperti ini, resepi di bawah adalah salah satu yang paling mudah. Ia sangat sesuai dijadikan sajian untuk minum petang, terutama ketika cuaca hujan.

Cucur bilis bawang yang dikongsikan oleh Princess Larra Lanna ini memang sedap! Bentuknya bulat elok dan nampak sangat menyelerakan. Setiap suapan pasti akan memuaskan selera.

Bayangkan, cucur yang garing di luar dan lembut di dalam, disertai dengan secawan teh panas. Pasti memikat hati semua orang di rumah! Jadi, jom kita lihat resipinya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk bilis
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Bawang besar dan bilis (ditumbuk halus)
  • Secubit garam
  • 1 1/2 cawan air mendidih

Cara-cara:

  • Gaul semua bahan yang telah disediakan di atas.
  • Ambil secubit adunan dan bulatkan dengan tapak tangan.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  • Goreng bulatan adunan hingga keemasan dan garing.
  • Angkat dan toskan cucur sebelum dihidangkan.

Tips: Pastikan air yang digunakan benar-benar mendidih untuk mendapatkan cucur yang garing di luar dan lembut di dalam. Jika ingin membuat dalam kuantiti lebih banyak, gandakan sahaja sukatan bahan di atas.

Sumber: Princess Larra Lanna