Resepi Gulai Tempoyak Ayam Sedap Tak Terkata


Jom cuba resepi gulai tempoyak ayam yang sedap dan penuh aroma ini pula. Biasanya kita masak gulai tempoyak ikan, tapi kali ini lain sedikit. Rasa gulai ini juga setanding dengan gulai tempoyak ikan, lebih lagi jika guna tempoyak yang segar.

Yang paling penting, rasa kuah gulai perlu seimbang dari segi masin, masam dan sedikit manis. Jika ada yang mahu mencuba kelainan, mari ikuti resepi lengkap perkongsian oleh Yaya Bazli di bawah.

Bahan-bahan:

  • Ayam 6 ketul
  • Tempoyak 3 hingga 4 sudu besar
  • Cili api (kuantiti mengikut tahan kepedasan yang disukai)
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam
  • Gula

Cara memasak:

1. Kisar 3 hingga 4 sudu tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup beserta 1 cawan air. Kisar sehingga bahan hancur.

2. Kemudian tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan 1 keping asam keping, 6 ketul ayam, daun kesum, bunga kantan dan 1 mangkuk air. Kacau sebati semua bahan dan biarkan ia mereneh.

3. Bila ayam dah masak, masukkan garam, serbuk perasa (jika suka) dan gula untuk seimbangkan rasa tempoyak. Kadang-kadang ada tempoyak yang masam dan ada yang manis.

4. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Tips: Ada 1 tips nak dapatkan warna gulai tempoyak itu cantik, gunakan cili api merah atau cili besar merah. Baru cantik warna dia.

Sumber: Yaya Bazli