Resepi Ikan Talapia Masak Pedas Thai Menu Cukup Rasa


Jika anda menyukai masakan yang pedas dan manis, memang wajib cuba resepi ini. Aromanya yang harum juga boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja!

Cara memasaknya juga cukup mudah serta bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk didapati. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan talapia (boleh ganti guna ikan siakap)
  • 1 sdb sos ikan
  • 1 sdb cili kisar (ni saya tambah)
  • 1 sdb thai cili paste (ni saya tambah)
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 7-8 biji cili padi hijau (hiris)
  • 1 biji cili merah (cincang halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 cawan air
  • Daun limau purut
  • Halia (hiris )
  • 1 sudu olive oil (guna minyak masak pun boleh)

Cara memasak:

1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ikan talapia. Kemudian, goreng sehingga garing dan ketepikan.

2. Seterusnya, tumis bahan cincang iaitu bawang putih, cili merah, cili padi dan halia.

3. Masukkan pula cili kisar, pes cili Thai dan sedikit sos cili. Tambahkan air masak dan masak sehingga mendidih.

4. Selepas itu, masukkan jus limau, sos ikan dan daun limau purut. Masak lagi sehingga kuah menjadi agak pekat.

5. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

6. Curahkan kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad