Masakan ini merupakan salah satu menu yang sering dipesan setiap kali ke kedai Thailand. Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Puan Azlizah Izzah di bawah.
Bahan-bahan:
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Belacan*
- Cili hidup merah*
- Sos tiram (optional)
- Serbuk perasa
- Garam
- Udang/sotong (optional)
- Kankung/kailan/pucuk paku
- Minyak masak
Cara memasak:
1. Kisar kasar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga hampir garing (tapi jangan terlalu garing).
3. Masukkan udang atau sotong mengikut cita rasa anda. Gaul sebati sehingga udang masak.
4. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram jika tak mahu guna garam atau serbuk perasa. Jika tiada sos tiram, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5. Kemudian, masukkan kangkung atau apa-apa sayur yang disukai seperti kailan dan pucuk paku. Gaul sebati sehingga masak.
Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Sumber: Azlizah Izzah