Resepi Kuih Cara Manis Garing Luar Lembut Di Dalam


Kali ini saya nak share resepi “Kuih Cara Tradisional” – bahan simple, cara buat simple, boleh buat aktiviti masak dengan anak. And, korang boleh buat sebagai side income juga tau. Resepi ni dijamin lemak, lembut, syahdu makan dan In shaa Allah tak berair. Kuih Cara yang sedap mesti “Garing Di Luar, Lemak Lembut Di Dalam”.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan air pandan
  • 2 cawan tepung
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan kalau kotak, 1/2kotak buat 2 cawan air
  • Pewarna (optional) & secubit garam
  • Gula untuk letak di tengah kuih

Cara Membuat:

1. Whisk atau nak cepat blendkan jer semua bahan di atas, masukkan air dulu bahagian bawah blender supaya nanti adunan tak lekat di bawah.

2. Lepas blend, tapis dulu supaya dapat bancuhan yang halus dan smooth. Dah cantik bancuhan, dah boleh masak kuih cara guna acuan, letak 1 sudu kecil gula disetiap biji kuih cara.

3. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk, masak hingga garing, alihkan dengan sudu besi.

Tips Yang Jarang Dicerita:

1. Titik sikit minyak untuk bagi surface yang cantik dan berkilat dalam bancuhan.

2. Celup jari, pastikan bancuhan cair tak lekat di jari. Kalau masih pekat dan melekat, maksudnya nanti cara jadi keras.

Sumber: Fateema Azzahra