Resepi Laksa Utara Sedap Kuah Pekat Memang Kaw


Dalam ni ramai tak yang suka Laksa? Kita buat kuah pekat-pekat bagi umph bila makan bertambah-tambah. Hantu laksa sila munculkan diri. Ada yang nak resepi saya kongsi cara saya ya.

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus laksa rendam dah kembang rebus lembut toskan.

Bahan untuk kuah:

  • 10 ekor ikan selayang 10 ekor ikan kembung @ ikan apa yg kita suka rebus asingkan tulang dan isi
  • 4 sudu makan cili kering blend nak pedas tambah lagi.
  • 5 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan jika suka
  • Asam keping
  • Daun kesum bunga kantan
  • Garam gula serbuk perasa secukup rasa

Bahan untuk ulam:

  • Daun salad, nenas,Timun, cili padi bawang besar, daun pudina
  • Limau kasturi
  • Telur rebus

Cara membuat:

1. Blend bawang merah putih dan belacan masuk dalam periuk letak air sebanyak mana kuah kita nak. Masuk cili blend tadi.

2. Blend juga isi ikan, masuk sekali dalam tu. Jangan lupa tulang ikan, blend dan tapis masuk sekali dengan kuah air rebusan ikan tadi.

3. Kemudian letak asam keping, garam, gula, serbuk perasa secukup rasa. Masak hingga mendidih, masuk daun kesum dan bunga kantan.

4. Rebus hingga masak, sesuaikan rasa dan biar merenih kuah laksa, makin lama makin sedap. Tadaa dah siap. Hidangkan dengan ulam2 bila nak makan.

Sumber: Azizah Daud