Resepi Ringkas Mee Rebus Kelantan Mudah Dan Sedap


Mudah saja resepi mee rebus ini kalau ada yang nak cuba. Resepi ini juga sangat mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk menghangatkan badan ketika cuaca sejuk.

Tak kisah sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam, mi rebus ini memang pilihan yang tepat untuk dinikmati bersama keluarga.

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan:

  • 200g daging / ayam (ikut pilihan)
  • 1 batang sayur sawi
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 biji lada besar merah (dipotong)
  • 300g mee kuning
  • 1 biji telur (jika suka)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kiub ayam atau serbuk perasa (optional)
  • 2-3 sudu besar sos cili (jika suka)
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan daging, ayam, atau fish cake/ball (jika tidak mahu, boleh abaikan).

2. Masukkan air mengikut jumlah kuah yang diinginkan. Tambahkan sedikit garam, gula, serbuk perasa (aji) atau kiub ayam secukup rasa.

3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur dan mee kuning. Jika suka, boleh pecahkan telur.

4. Hidangkan dengan sos cili jika suka. Boleh juga tambah lada jeruk untuk rasa yang lebih sedap.

Selamat mencuba.

Sumber: Ina Zarina