Resepi Roti Canai Mudah, Lembut Dan Sedap


Siapa yang suka makan roti canai, boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resepi roti canai perkongsian oleh Puan Sarina Saary ini.

Resepi ini sebiji sama seperti makan di kedai mamak, malah teksturnya juga jauh lagi lembut.

Kalau buat sendiri dijamin lagi puas hati dan kebersihannya terjamin! Bukan itu saja, cara membuatnya juga cukup mudah dan tak renyah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu kfc garam
  • 1 sudu besar marjerin (tapi jangan penuh sangat)
  • 1/2 sudu gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • Sepotong air limau nipis (supaya tak jemu bila makan)

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan di atas. Uli sehingga sebati.

2. Kemudian, tuang air sedikit demi sedikit sambil uli. Kuantiti air dalam 200 gram.

3. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.

4. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.

5. Selepas itu, bulat-bulatkan doh sehingga adunan habis. Akan dapat kuantiti dalam 16 biji.

6. Bila dah bulat-bulatkan, ambil marjerin dan sapu pada roti yang sudah dibulatkan tadi. Lebihkan marjerin, jangan terlalu sedikit.

7. Masukkan dalam bekas, uli sehingga habis. Kemudian perap selama 1 jam.

8. Selepas 1 jam, sudah boleh ditebar. Kalau tak pandai tebar, boleh tarik sahaja.

9. Lipatkan roti.

10. Cara bakar juga memainkan peranan. Pastikan api perlahan dan selalu terbalik-balikkan. Jangan terlalu garing juga, barulah lembut.

11. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Sumber: Sarina Saary