Tiada idea nak masak apa untuk makan malam? Ibu-ibu boleh cuba resepi ini yang lazat dan penuh dengan pelbagai bahan-bahan menarik.
Bahan-bahan:
- Bawang putih
- Udang
- Serbuk lada sulah
- Air rebusan udang
- Lobak merah
- Serbuk pati ayam
- Kicap cair
- Minyak bijan
- Sayur sawi
- Bunga kubis
- Fishcake
- Sotong
- Air tepung jagung
- Telur
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih yang sudah diketuk.
2. Kemudian, masukkan udang. Letakkan juga serbuk lada secukupnya. Gaul sehingga sebati.
3. Seterusnya, masukkan air rebusan udang.
4. Letakkan juga lobak merah, serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
5. Masukkan sedikit kicap cair dan minyak bijan.
6. Selepas itu, masukkan juga bunga kubis, batang sawi dan fishcake. Biarkan semua bahan mereneh.
7. Kemudian, masukkan pula sotong dan renehkan lagi.
8. Tuangkan bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
9. Masukkan sawi dan akhir sekali pecahkan telur.
10. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Muza Muzawati