Resipi Kek Marble Sedap, Gebu Dan Moist


Hari ni jom kita buat kek marble, memang cukup mudah sebab bahan-bahan pun tak banyak. Perasa dan pewarna tu boleh tambah sendiri ikut kesukaan anda masing-masing.

Bahan-Bahannya:

  • 150 gm butter
  • 5 biji telur gred A
  • 230 gm tepung gandum
  • 170 gm gula castor/gula halus
  • 1 sudu besar ovalete
  • 50 ml susu cair
  • 1 tsp teh esen vanila
  • Guna loyang saiz 8

Cara Membuat:

1. Cairkan butter kemudian ketepikan dahulu. Dalam mangkuk besar masukkan gula castor telur, susu segar, esen vanila, ovallate dan tepung gandum, pukul semuanya menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi sehingga betul-betul kembang, gebu dan menjadi warna putih.

2. Kemudian, masukkan butter yang telah dicairkan tadi. Kaup balik perlahan-lahan menggunakan spatula/senduk sehingga sebati sahaja. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna dan perisa makanan yang disukai.

3. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli bagi setiap warna. Buat sehingga adunan habis. Lorekkan permukaan kek dengan menggunakan lidi mengikut kreativiti masing-masing.

4. Bakar hingga masak pada suhu 150c – 160c selama 55 – 60 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing). Sejukkan diredai. Selamat mencuba.

Sumber: Farah Mohamad