Mak-mak mesti nak anak makan dengan teratur walaupun pergi ke sekolah. Jika ada lebihan roti, anda boleh buat Mini Pizza sebagai bekal sekolah mereka.
Pelbagai bahan lain seperti cendawan, bawang, ayam, nanas, daging dan lain-lain dijadikan sebagai topping di atasnya.
Oleh sebab pizza hanya boleh didapati di restoran Western, ada yang sanggup memesannya untuk makan di rumah bersama keluarga.
Sekarang ramai yang cuba buat sendiri di rumah. Ada juga yang guna roti Gardenia untuk membuatnya.
Seperti perkongsian resepi Mini Pizza daripada Nourha Sein yang menggunakan roti di Facebook, ia cukup menarik untuk mak-mak cuba.
Bahan-bahan:
- Roti
- Sos spaghetti atau sos tomato
- Crab stick (dihiris)
- Sosej (dihiris)
- Cheddar cheese (diparut)
- Sos cili
- Mayonis
- Sos thousand island
- Dried parsley, mix herbs atau oregano
Cara-cara:
1. Tekap balang kat roti, bagi bentuk bulat.
2. Basahkan roti dengan sedikit air supaya lembab dan tak kering masa bakar. Guna sudu atau renjis-renjis saja.
3. Sapu sos spaghetti atau sos tomato.
4. Susun hirisan crab stick dan sosej (celur dulu).
5. Parut cheddar cheese.
6. Paipkan sos cili atau tomato, mayonis dan sos thousand island.
7. Tabur dried parsley, mix herbs atau oregano (yang mana ada kat dapur).
8. Bakar 5 hingga 10 minit suhu 170°C. Siap!
Mini Pizza dengan keju berlemak, ditambah pula topping dengan sos yang masam manis. Ia boleh buat sesiapa saja terliur melihatnya.
Kanak-kanak mudah tertarik dengan makanan yang nampak menarik dan mudah dimakan. Jika anda buat Mini Pizza sebagai bekal sekolah, pasti mereka suka.
Selamat mencuba.
Sumber: Nourha Sein