Resepi Perut Muda Air Asam Memang Padu Senang Nak Buat


Lauk ini juga sangat lazat jika digandingkan dengan budu dan durian. Makan pula dengan nasi panas, fuhh padu sungguh! Perut muda air asam merupakan masakan yang cukup terkenal di Negeri Kelantan.

Rasanya yang masin, masam dan pedas menghilangkan rasa perut lembu yang muak. Jika ada yang belum pernah mencuba air asam perut lembu ini, apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Pasti akan jatuh cinta.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 sudu air asam
  • 1 sudu jeruk lada solok dengan sedikit air jeruk (atau tak perlu letak)
  • 1 sudu minyak cili premium
  • 1/2 sudu kacang kisar
  • 1 sudu teh serbuk cili Thai
  • Daun ketumbar
  • Secubit garam gula dan limau nipis jika perlu

Cara membuatnya:

1. Basuh bersih perut muda, rebus sehingga betul-betuk empuk. Kemudian, perut muda perlu dipotong kecil atau mengikut saiz yang disukai.

2. Seterusnya, satukan semua bahan bahan di atas. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.

3. Sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan dengan budu dan durian.

4. Senang sahaja cara membuatnya bukan? Selamat mencuba!

Sumber: Ben Safwan