
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara pembuatannya sangatlah mudah dan ringkas.
Sememangnya, kalau buat sendiri lebih jimat berbanding membeli di luar. Buat dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan snek ketika menonton televisyen. Jom cuba!
Bahan-Bahan:
- 1 bungkus kulit popia
- 5 sudu besar serbuk keju
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 1/2 sudu besar serbuk cili (kurangkan kepada 1 sudu jika tidak mahu pedas)
Cara-Cara:
1. Potong kulit popia mengikut saiz yang diingini dan goreng hingga garing.
2. Dalam pengisar, campurkan serbuk keju, gula castor dan serbuk cili. Kisar hingga rata.
3. Masukkan kulit popia yang telah ditoskan minyaknya ke dalam bekas bertutup.
4. Tambahkan serbuk yang telah dikisar ke dalam bekas tersebut.
5. Tutup bekas dan goncangkan sehingga serbuk keju bersalut rata ke seluruh permukaan popia.
Siap dan sedia untuk dinikmati!
Sumber: Haslina Hamid