Cara Buat Krim Putar Homemade Paling Senang, Gebu Macam Kedai Kek


Krim putar gebu dan lembut memang jadi penyeri setiap kek atau pencuci mulut. Dengan cara mudah dan bahan simple, resepi ini confirm jadi setiap kali. Tak perlu mesin canggih, hasil tetap cantik, gebu dan stabil, siap untuk hiasan kek atau buah segar. 

Bahan-bahan:

  • 1 sdb ovalette
  • 5 sdb susu pekat
  • 4 sdb susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family)
  • 3 sdb gula (boleh kurangkan klu tak suka manis)
  • 1 bekas ais batu (pastikan dlm ketulan kecil-kecil, senang nak mix)
  • Mixer

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ya, jangan pakai bekas kecil.

2. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah. Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nanti.

3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dlm 3 minit. Mix je sampai tak nampak ais batu tu. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.

4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat ya. Then, siap la whipping cream korang.

Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja

Sumber: Nur Solehati