Cara Buat Mee Kuning Guna 4 Bahan, Mudah Confirm Jadi


Rupanya senang sangat kalau mak-mak nak buat sendiri mee kuning di rumah. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya perlu menggunakan 4 bahan saja. Cara membuatnya juga sangat mudah dan dijamin lebih bersih, selamat dan suci bila buat sendiri. 

Bahan-bahan:

  • 300gram/1 mangkuk tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit untuk pewarna

Cara-cara membuat mee kuning:

1. Satukan semua bahan-bahan. Kemudian bancuh dengan air suam.

2. Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan doh kepada 5 atau 6 biji.

3. Selepas itu, canai dengan menggunakan mesin mee. Naf beli mesin kecil sahaja harga pun murah RM40, beli 5 tahun lepas.

4. Gelek-gelekkan sebiji demi sebiji doh tadi ke dalam mesin mee. Kalau koyak, taburkan tepung dan buat sampai tidak koyak.buat sendiri mee kuning

5. Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee.

6. Bila dah siap semua, rebus mee dengan air panas. Jika sudah timbul, maknanya mee sudah masak. Boleh angkat dan toskan.

7. Basuh dengan air supaya kanji dekat mee itu hilang. Kemudian boleh goreng mengikut citarasa masing-masing.

Info tambahan:

  1. Sukatan tepung gandum mengikut berapa banyak yang mahu dibuat. Satu mangkuk ini boleh dapat hampir 1 kilogram.
  2. Resipi ini tidak menggunakan air abu atau air kapur.
  3. Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.
  4. Jika tiada mesin mee, boleh potong dengan pisau.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nafsiah Sakmad