Resepi Ayam Masak Kam Heong ini cukup menyelerakan dengan aroma daun kari dan rempah yang kuat. Rasa pedas, masin dan sedikit manis yang seimbang menjadikannya lauk kegemaran seisi keluarga, sesuai dihidang panas bersama nasi putih.
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – Guna bahagian dada sahaja potong dadu
- Bawang putih – Cincang
- Bawang holand – Hiris memanjang
- Daun kari
- Serbuk kari
- Sedikit kicap manis
- Sedikit sos tiram
- Sedikit sos tomato
- Sedikit air
- Cili ini terpulang samada cili burung/cili besar
- Garam dan gula jika perlu
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih, bawang besar dan daun kari.
2. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, sedikit sos tomato dan serbuk kari. Tumis hingga naik minyak dan campur sedikit air.
4. Masukkan ayam gaul rata hingga bahan tadi bersalut-rata
5. Masukkan sedikit garam dan gula jika perlu.
6. Dah cukup semua rasa tutup api dan gaulkan cili yang telah dipotong bulat dan siap.
Sumber: Mas Salleh
.jpg)