Cara Mudah Buat Apam Cornetto Di Rumah Lembut & Cantik


Apam Cornetto memang nampak rumit, tapi sebenarnya sangat mudah dibuat di rumah. Teksturnya lembut, berlapis cantik dan rasa manis berlemak. Dengan cara mudah ini, sesiapa pun boleh buat walaupun pertama kali mencuba.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum diayak
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 200 ml air aiskrim soda
  • 1sudu makan ovalet
  • 1 sudu teh esen rose
  • Pewarna
  • Coklat masakan
  • Kekacang / coklat cip

CARA PENYEDIAAN:

1. Pukul telur, ovalet dan gula sehingga putih kembang, gebu dan ringan. Anggaran dalam 5-7 minit.

2. Masukkan air aiskrim soda separuh dahulu. Putar high speed, masukkan separuh tepung gandum, aiskrim soda dan hbiskan tepung. Putar skejap, berhenti dan masukkan esen rose. Putar sekejap dan berhenti

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian di dalam mangkuk yang  berasingan. Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. Gaul sehingga adunan, pewarna dan perasa digaul sebati.

4. Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang, pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

5. Adunan tersebut tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan di dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.

6. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

7. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak. Selepas masak, sejukkan apam seketika.

8.Cairkan coklat, tuang di atas apam tadi. Tabur kekacang atau coklat cip.

9. Masuk ke dalam peti ais untuk beku kan coklat. Apam ini sedap di makan sejuk-sejuk semasam baru keluar daripada peti ais.

Sumber: Nora Syikin Azmi