Resepi Agar-Agar Mozaik Simple, Tak Guna Banyak Bahan


Resepi Agar-Agar Mozaik ini bukan sahaja cantik dipandang, malah lembut dan sedap bila dimakan. Gabungan warna menarik, rasa lemak manis yang seimbang serta cara penyediaan mudah menjadikannya pencuci mulut wajib untuk majlis, kenduri atau hidangan keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • Agar-agar tali (sebungkus)
  • 1 cawan gula
  • 1250ml air 
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 jenis pewarna 

CARA PENYEDIAAN:

1. Masak agar-agar bersama 1250ml air.

2. Masukkan 1 cawan gula. Kacau hingga sebati.

3. Sendukkan dalam 2 senduk untuk setiap 4 bahagian agar-agar berwarna. Sejukkan dan dipotong dadu.

4. Manakala, baki agar-agar selebihnya dijadikan agar-agar susu (masukkan susu pekat dan susu cair).

5. Masukkan agar-agar berwarna yang telah dipotong dadu tadi ke dalam bekas atau loyang bersesuaian.

6. Tuangkan agar-agar susu ke dalamnya dan dibiarkan sejuk. Siap. Boleh lah dipotong dan dimakan ketika sejuk.

Sumber: Nora Ha