Resepi Apam Coklat Gebu & Moist, Kukus Je Confirm Jadi


Resepi Apam Coklat ini sangat mudah dan dijamin menjadi. Teksturnya lembut, gebu serta moist dengan rasa coklat yang padu. Sesuai untuk minum petang, jamuan keluarga atau dijual kerana bahan ringkas dan cara penyediaan cepat.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur gred A
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

CARA PENYEDIAAN:

1. Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.

2. Panaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.

3. Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.

4. Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati. 

5. Sapukan minyak pada acuan.Tuang aduan  dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas menggelegak.

Sumber: Asrinna Bakri