Resepi Ayam Goreng Cheese Ala Korea, Rangup & Meleleh


Ayam Goreng Cheese Ala Korea semakin popular kerana gabungan ayam rangup dengan sos keju berkrim yang meleleh. Hidangan ini sesuai untuk minum petang atau makan malam, pasti digemari seisi keluarga dan mudah disediakan di rumah tanpa kos mahal serta jimat.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Serbuk cili Babas (nak pedas lagi boleh tambah ikut citarasa sendiri)
  • Bawang putih
  • Minyak jagung
  • Lada kering (kisar)
  • Garam
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu gula perang
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu bijan
  • 1 paket cheese (Guna cheese leleh atau mayonis)

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia. Semua ni ditumbuk.

2. Perapkan selama 30 minit.

3. Bila dah siap perap, masukkan sebiji telur.

4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

5. Kemudian, masukkan sedikit serbuk cili. (nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati).

6. Kemudian goreng ayam tadi.

Sambil goreng ayam, kita sediakan sos untuk ayam tadi.

1. Tumis 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung di kuali lain.

2. Masukkan lada kering yang dah dikisar.

3. Masukkan sedikit garam, 2 sudu madu, 2 sudu brown sugar, 1 sudu serbuk cili Babas2 sudu sos tomato dan 3 sudu sos cili.

4. Kemudian masukkan 2 sudu bijan dan campurkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos tersebut.

5. Kemudian tuangkan cheese atau mayonis dan siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba

Sumber: Shacha Munieyra