Resepi Ayam Menangis Viral kerana rasanya yang pedas wangi dan sangat menggoda. Ayam juicy digaul rempah istimewa bersama aroma menyambar selera. Sekali cuba terus jatuh cinta, sesuai dijadikan menu istimewa keluarga untuk hidangan hujung minggu bersama.
Bahan-bahan perapan:
- Ayam (isi peha atas, isi peha bawah, isi dada)
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Bahan-Bahan Sos:
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar kesemua bahan untuk perapan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
2. Perap dan simpan di dalam chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
3. Untuk masak, panaskan non stick pan dan letak minyak sedikit lalu bakar dengan api kecil.
4. Untuk sos cicahannya pula, campurkan kesemua bahan dan perasaka hingga cukup rasa.
Siap dan boleh makan ayam bersama sos cicahan.
Sumber: Serina Seman
.jpg)