Bahan-bahan chee cheong fun:
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 cawan air
Bahan-bahan kuah:
- 1 cawan air
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 1/2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Kacau bahan-bahan chee cheong fun sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.
2. Oleskan minyak pada tray, tidak perlu dalam kuantiti yang banyak. Sekadar nak bagi licin sahaja.
3. Letak elok-elok dan rata, pastikan anda adjust ke kiri dan ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.
4. Jangan letak air tepung yang terlalu banyak, buat senipis yang mungkin. Letakkan udang, sekiranya udang kecil, masa untuk mengukus perlu dikurangkan.
5. Kukus selama 1 minit 30 saat. Angkat tray dan buang air lebihan sekiranya ada, gulungkan secara perlahan-lahan.
5. Untuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan-bahan untuk kuah tersebut dan boleh diletakkan di atas chee cheong fun. Tambahkan minyak bijan, supaya lebih sedap.
Siap dan selamat mencuba!
Sumber: Li Yow
.jpg)