Resepi Chicken Wings Viral – Guna Bahan Simple, Rasa Luar Biasa


Nak chicken wings yang rangup di luar, juicy di dalam dan penuh rasa? Resepi ini paling mudah, perapan ringkas tapi hasil luar biasa. Sesuai untuk beginner, jimat kos, dan confirm jadi kegemaran keluarga atau jualan.

Bahan-bahan ayam:

  • 1 kg kepak ayam (potong dua)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Mix herbs
  • Tepung jagung

Bahan-bahan sos:

  • Bawang putih dicincang
  • Mentega
  • Garam
  • 3 sdb madu
  • Serbuk cili
  • 3 sdb gula perang

CARA PENYEDIAAN:

1. Perapkan ayam bersama garam, lada hitam, sos tiram dan mix herbs. Gaulkannya sehingga sebati.

2. Celupkan ayam bersama tepung jagung, pastikan ayam disalut penuh bersama tepung jagung.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Pasangkan api sederhana sahaja, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

4. Selepas selesai goreng ayam separuh masak, gorengkan semula sehingga ia betul-betul garing.

5. Untuk memasak sos pula tumis bawang putih, sos tiram, gula perang dan mentega sehingga naik bau.

6. Masukkan madu dan serbuk cili. Gaul sebati ayam bersama sos tadi.

Sumber: Aznida Aziz