Ikan bawal 3 rasa menjadi hidangan kegemaran ramai kerana gabungan rasa manis, masam, dan pedas yang seimbang. Resepi ini mudah diikuti, sesuai dimasak di rumah, dan menjadikan hidangan keluarga lebih lazat serta menyelerakan setiap suapan.
Bahan-bahan:
- Ikan bawal (goreng dan letak tepi dulu)
- Cili kering dikisar (2 sudu besar)
- Sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, jus limau ( semua tiada sukatan. Agak-agak je)
- Bawang putih (ketuk)
- Bawang besar atau bawang holand (potong dadu)
- Nenas dan tomato (dipotong)
- Cili api (dipotong)
- Serai (dihiris)
- Daun ketumbar (hiasan)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Pastikan minyak tak terlalu banyak.
2. Masukkan bawang putih, cili kering dan segala sos.
3. Masukkan sedikit air kemudian masukkan jus limau. (Pastikan gula dan garam terasa)
4. Tambahkan sedikit serbuk perasa.
5. Kemudian, masukkan bawang besar, nenas, cili api dan tuangkan kuah ke atas ikan bawal yang digoreng tadi.
6. Akhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar dan sedia untuk dimakan.
Sumber: Suisan Aliezsha
.jpg)