Resepi Mangga Milk Cheese Mudah Sedap Berkrim


Dessert viral yang buat ramai ketagih! Resepi Mangga Milk Cheese ini super creamy, manis berlemak dan sangat mudah dibuat di rumah. Tak perlu oven, bahan ringkas, sekali cuba pasti ulang. Sesuai untuk makan sendiri atau buat jualan.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 Biji mangga dipotong dadu
  • Jelly berperisa Mangga dipotong dadu
  • Nata de coco secukupnya
  • Biji selasih secukupnya rendam di dalam air terlebih dahulu
  • Mangga 1 biji ambil isinya sahaja
  • 170 gram cream cheese
  • 500 ml susu full cream
  • 380 ml susu sejat
  • 80 gram susu pekat

CARA PENYEDIAAN:

1. Campur kesemua bahan milk cheese kemudia kisar hingga halus

2. Campur mangga, biji selasih, nata de coco, jelly mangga ke dalam bahan milk cheese yang telah dikisar.

3. Tuang isian tersebut pada cup yang berisi 300ml

4. Boleh dimakan terus. Sejukkan di dalam peti ais untuk lebih sedap.

TIPS

Kalau suka keju, boleh tambah mengikut selera masing-masing.

Sumber: Cookingwithel