Resepi Nugget Ayam Homemade, Boleh Simpan Frozen


Resepi nugget ayam homemade ini sesuai untuk seisi keluarga kerana mudah disediakan, menggunakan bahan ringkas dan lebih sihat. Teksturnya lembut di dalam, rangup di luar serta boleh disimpan beku untuk kegunaan harian terutama bagi ibu bekerja dan anak sekolah rumah.

Bahan-bahan:

  • Isi Ayam*
  • Bawang Besar*
  • Bawang Putih*
  • Telur*
  • Serbuk Hilal*
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa*
  • Sedikit Garam*
  • Serbuk Lada Hitam*
  • Sedikit Air*
  • Tepung Jagung*
  • Tepung serbaguna (beli kedai ECO aje)

Cara-cara:

1. Blend semua yang bertanda *

2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter

3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit

4. Siap kukus, angkat & potong mengikut citarasa masing-masing.

5. Bancuh tepung serbaguna dengan air & jangan terlalu likat/cair

6. Celup dan goreng dalam minyak yang panas

Selamat Mencuba

Sumber: Che Ros