Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, Sedap Macam Di Kedai


Terliur tengok sayur yang rangup tapi berjus? Pak Choy Tumis Sos Tiram ni kombinasi sempurna – manis, masin, wangi sos tiram dan tekstur pak choy yang masih segar. Sekali cuba, confirm jadi lauk kegemaran keluarga setiap hari!

BAHAN-BAHAN:

  • 20 pokok pak choy – dibelah dua
  • 4 ulas bawang putih – diracik halus
  • 5 biji cili api – dipotong kecil
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil cukup rasa maggi
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 sudu makan bancuhan tepung jagung

CARA PENYEDIAAN:

1. Bersihkan sayur pak choy, didihkan air kemudian rebus sekejap sahaja.

2. Angkat dan terus masukkan ke dalam ais untuk kekalkan kesegaran dan warna sayur.

3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api hingga kekuningan dan angkat. Tinggalkan sedikit di dalam kuali untuk masak kuahnya.

4. Masukkan air panas, kemudian letak sos tiram diikuti dengan secukup rasa maggi, masak sekejap dan akhir sekali letak bancuhan tepung jagung. Kacau-kacau siap.

Sumber: Julia Aleen Aireish