Resepi Puding Labu Telur Mata Mudah & Sedap


Puding Labu Telur Mata ini memang comel dan lain daripada yang lain. Rupanya macam telur mata, rasanya pula lemak manis dan sedap. Resepi ini senang nak buat, sesuai untuk minum petang, jamuan ringkas atau saja-saja nak cuba pencuci mulut unik.

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali
  • Sedikit labu
  • Gula
  • Susu
  • Air

Cara-cara:

Masukkan agar-agar tali dengan air dan gula ke dalam bekas. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian.

Untuk satu bekas, campurkan dengan susu. Manakala satu lagi bahagian campur dengan labu yang telah dikisar.

Bagi penyedian kuning telur, rebus labu dan kemudian tapiskan airnya.

Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dan campurkan dengan agar-agar

Selepas itu, terus masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam acuan lompang. Isikan hingga paras suku sahaja, tidak perlu diisi penuh.

Biarkan acuan puding labu sehingga sejuk.

Siap! Mudah saja kan cara membuat puding labu ini? Ibu-ibu juga boleh membuat resipi ini untuk si kecil. Pasti mereka akan sukakan hidangan pencuci mulut ini.Selamat mencuba!

Sumber: Norfadilah Ibrahim