Roti Canai memang kegemaran ramai untuk sarapan atau minum petang. Lembut di dalam, rangup di luar, sesuai dimakan bersama kuah dhal atau kari. Resepi ini mudah dicuba di rumah, sesuai untuk pemula atau sesiapa yang suka masakan tradisional.
Bahan-bahan:
- Tepung gandung 1kg
- Gula
- Garam
- Air suam
- Planta 2 sudu
- Minyak masak 3 sudu
- Kuning telur sahaja (sebiji)
Cara-cara:
1. Larut kan garam,gula bersama air suam.
2. Planta,telur dan minyak masak dan gaulkan bersama tepung tadi.
3. Masuk kan air tadi sedikit demi sedikit.
4. Uli sampai doh tak melekat di tangan
5. Jika lembik tambahkan tepung. Kalau keras renjiskan air dan uli semula.
6. Siap uli kemudian biarkan dlm 10 minit. Kemudian boleh buat doh bulat-bulat.
7. Doh tadi sapu dengan Planta. Biar semalaman kemudian boleh ditebar.
Selamat Mencuba
Sumber: Hanifah Emeliah
.jpg)